Wednesday, April 1, 2009

TEH HERBA PELANGSINGAN: SELAMATKAH ?


Memang banyak terdapat produk-produk pelangsingan berasaskan herba. Tumbuh macam cendawan lepas hujan. Sementelahan pula Pak Lah ingin melihat industri pertanian yang telah dianggap sebagai Enjin Ke-3 pertumbuhan ekonomi negara, ramai yang ambil peluang ini. Ada yang betul-betul TULEN dan ada juga yang cuba mengambil kesempatan dan cuba mengaut keuntungan secara yang tidak betul.

Anda haruslah berhati-hati di dalam memilih produk sebegini. Pastikan produk sedemikian yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Produk Teh Herba Pelangsingan ini boleh digunakan bagi mereka yang ingin mengembalikan kesihatan semulajadi dan bentuk badan yang ideal. Namun harus diingatkan, teh ini perlu diambil selepas 1-2 jam selepas makan. JANGAN ambil ketika perut kosong / lapar atau baru sahaja selepas makan.

Ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan badan tidak digalakkan minum teh ini.

Apa yang anda perlu lakukan ialah dapatkan khidmat nasihat doktor perubatan atau pakar nutrisi makan yang bertauliah sebelum mengambil sebarang penggunaan produk ini.


ORANG KAMPUNG


No comments: