Showing posts with label BENTONG. Show all posts
Showing posts with label BENTONG. Show all posts

Wednesday, April 1, 2009

HALIA




Halia Bentong : TERBAIK DI DUNIA ?



Halia Bentong memang sudah lama dikenali ramai oleh penggemar tanaman halia ini. Sejenis tumbuhan yang tergolong di dalam tanaman rizom. Nama saintifiknya Zingiber officinale .

Tanaman Halia di Daerah Bentong telah mula diusahakan sekitar tahun 1963 lagi. Petani berbangsa Cina adalah golongan terawal memulakan penanaman ini di sekitar Kg. Bukit Tinggi, Bentong.

Iklim mikronya sesuai bagi pertumbuhan halia. Terletak kira-kira 700 meter di aras laut. Purata taburan hujan sekitar 187mm sebulan @ ~2200mm setahun. Suhu antara 24 darjah Celcius ~ 28 darjah Celcius.

Ramai pelawat dari seluruh negara telah datang mela
wat di ladang halia bentong di Kg. Janda Baik dan Kg. Bukit Tinggi. Keseluruhan kawasan penanaman halia ini dianggarkan lebih kurang 400ha.

Antara Keistimewaan Halia Bentong berbanding halia lain ialah :
  • Rasanya yang lebih pedas - gunakan hanya separuh dari penggunaan halia biasa. Jika tidak akan rasa sedikit pahit pedas.
  • Urat / serabut lebih halus - walaupun lebih halus namun kandungan serat juga tinggi. Lebih mudah untuk memotong.
  • Kandungan air tinggi
  • Warna isi kuning cerah
  • Phytochemical yang tinggi - seperti gingerol

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.



Antara khasiat Halia:

- Membantu menghadamkan makanan.
- Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
- Mengawal hati supaya tidak sejuk & basah.
- Membantu menguatkan tenaga jimak & menambahkan air mani.
- Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil & besar.
- Membuang kahak & lendir yang melekat di bahagian halkum.
- Menghilang bau busuk mulut.
- Menghilangkan kadar kesejukan yang terdap
at pada makanan & buah-buahan atau sayur-sayuran apabila telah dimakan atau diminum.






Friday, January 9, 2009

TKPM LEBU, BENTONG


TKPM KG. LEBU 2009


OBJEKTIF PROJEK


  1. MELAHIRKAN PENGUSAHA PERTANIAN MENJADI USAHAWAN TANI YANG BERDAYA SAING DAN MAJU
  2. MENGGALAKKAN PENGLIBATAN USAHAWAN DAN SWASTA DALAM PENGELUARAN TANAMAN MAKANAN SECARA KOMERSIAL
  3. MEWUJUDKAN ZON KEKAL PENGELUARAN MAKANAN
  4. MENYUMBANGKAN KEPADA PENINGKATAN PENGELUARAN MAKANAN NEGARA SECARA MAPAN, BERKUALITI DAN SELAMAT
  5. MENGGALAKKAN DAN MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN RANTAIAN BEKALAN MAKANAN BERSEPADU
  6. MENINGKATKAN PENDAPATAN BERSIH PESERTA SEKURANG-KURANGNYA RM3,000/BULAN SELEPAS 2 TAHUN BERTANAM


LATARBELAKANG PROJEK


  1. PROJEK TERLETAK DI MUKIM BENTONG
  2. JARAK 13KM DARI BANDAR BENTONG
  3. 98KM DARI KUALA LUMPUR
  4. DIKENALI PROJEK TKPM LEBU
  5. LUAS FIZIKAL : 75HA
  6. LOKASI KAWASAN INI DI TEPI JALAN UTAMA MEMPAGA – BENTONG
  7. SUHU TINGGI SEPANJANG TAHUN
  8. PURATA SUHU ~27 C
  9. MENERIMA HUJAN MELEBIHI 2000mm SETAHUN DENGAN PURATA ~190mm/bulan
  10. DIBAWA OLEH ANGIN MONSUN TIMUR LAUT BERMULA MAC - MEI & SEPT - DISEMBER
  11. SISTEM KEMUDAHAN JALAN YANG BAIK
  12. HAMPIR DENGAN JALANRAYA UTAMA DARI BENTONG – RAUB
  13. BERSEBELAHAN DENGAN JALAN LEBU - KARAK.


TERDAPAT 7 SIRI TAN
AH YANG DIKENALPASTI TERDIRI DARIPADA:
  • SIRI BATU LAPAN
  • KUALA BRANG
  • GONG CHENAK
  • JELUTONG
  • KECHOR
  • RASAU
  • TEBUK



KAWASAN DIBUKA & DIMAJUKAN BERPERINGKAT :

  • FASA 1 – TAHUN 2003 – 2006 ( 40 ha )
  • FASA 2 – TAHUN 2009 ( 35 ha )



GAMBAR LOKASI































JABATAN PERTANIAN DAERAH BENTONG,

28700 BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR

TEL : 09 – 223 6040/41/42/43/44

FAKS : 09 – 222 8773

e-mail : ppdbtg@pahang.gov.my