Wednesday, April 1, 2009

investasi-jagung

NIKMATI JAGUNG SEPENUHNYA !!!

Sebagai salah satu sumber tenaga tanpa lemak untuk badan kerana mempunyai karbohidrat kompleks. Anda perlu tahu bagaimana untuk memilih jenis jagung yang baik agar mendapat kesan yang optimum. Di sini ada beberapa tips dan petua:

  • Hanya 2 gram SERAT sahaja dibekalkan bagi setiap hidangan jagung berwarna kuning, manakala jagung yang masih putih membekalkan 2 kali ganda jumlah serat tersebut.
  • Jagung yang dipilih mestilah cukup matang dan berisi penuh. Bagi memastikannya ialah dengan menekan salah satu butir isinya dengan jari dan cecair pekat yang keluar menandakan ianya sudah matang.
  • Jagung yang terjual seperti di pasaraya-pasaraya tempatan yang sudah siap dibersihkan dari tongkolnya, sebenarnya telah banyak kehilangan nutrisi. Seeloknya cari jagung yang masih ada tongkolnya atau telah disejukbekukan dan telah siap dipaketkan yang tidak mengandungi garam.
  • JANGAN simpan terlalu lama setelah membeli jagung berkenaan. Eloklah rebus segera.
  • Namun apabila anda merebus jagung janganlah letak garam di dalam air rebusan tadi. Jika tidak, anda akan susah mengunyahnya.

Jagung

No comments: