Saturday, January 3, 2009

Roselle : Si Merah Sejuta Khasiat

Nama Saintifik : Hibiscus sabdariffa L.
Nama Biasa : Roselle, Asam Paya, Asam Kumbang dan Asam susur.

P1090179
Kordial Roselle

Roselle spesies bunga raya yang dipanggil Hibiscus sabdariffa L. Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Orang India memanfaatkan seratnya dipakai sebagai bahan pembuatan tekstil. Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau.

Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Kaliks bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Khasiat Roselle :

1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Mengatasi hipertensi dan mengawal kolestrol
3. Anti-infection bakteria
4. Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C
5. Mencegah keradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal
6. Mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh


  • Vitamin C : 2 kali ganda lebih TINGGI berbanding Blackcurrent, 9 kali ganda lebih tinggi berbanding Citrus, 3 kali ganda lebih tinggi berbanding Anggur.


Ramai orang mengenali roselle sejak diperkenalkan menjadi jus. Pokok roselle, hampir keseluruhan bahagian pokok ini boleh digunakan dan dieksploitasikan menjadi bahan makanan manusia juga ternakan.

Pucuk roselle ini dijadikan sebagai ulam boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Rasanya agak masam. Keseluruhan pokok ini boleh dijadikan makanan ternakan terutama lembu untuk mengelakkan daripada Foot & Mouth Diesease (FMD). Bijinya juga boleh digoreng untuk dijadikan kopi roselle.

Bunganya dikatakan boleh memberikan tambahan tenaga yang cepat. Ada kajian yang telah dijalankan oleh institusi akademik telah menemui ada bahan yang dapat memberikan kesan yang sama seperti Viagra khas untuk tenaga dalaman lelaki. Amalkan makan 2 kuntum bunga (warna pink) yang baru nak mekar, 2 kali seminggu.

Bunga Roselle

Kaliks & Buah Roselle

Ladang Roselle





*Gambar sumber dari www.eroselle.com (TQ)



Cara menyediakan Jus Roselle

  • 3 kuntum kaliks roselle dibelah dua dan dibuang biji.
  • Rebuskan air sebanyak 8-9 gelas besar (masukkan daun pandan/ sedikit esen vanila utk bagi wangi air).
  • Biarkan air mendidih dan dimasukkan bunga roselle.
  • Biarkan terus mendidih sehingga kaliksnya kelihatan sedikit pucat (warna merah sudah hampir hilang warna ) anggaran 15-20 minit.
  • Sekiranya perlu tambah lagi air agar warna merah air tidak terlalu pekat.
  • Masukkan gula mengikut manis yg diperlukan masing2 dan kacau hingga gula hancur.
  • Siap, sejukkan dan sudah boleh diminum dgn ditambah ais atau terus begitu saja.
(Sekiranya sudah siap air gula maka rebus bunga roselle tanpa gula.Hanya bancuh dgn air gula bila air roselle sudah sejuk)


Ada satu cerita dari usahawantani yang memberitahu, rakannya sepatutnya perlu diberikan rawatan insulin secara berterusan jika kandungan gula dalam darah tinggi. Tetapi ada perkhabaran gembira bila rakan ini tadi mengamalkan petua memakan 3 helai pucuk roselle, 2 kali seminggu sahaja sebelum 3 minggu untuk rawatan susulan. Kandungan gula dalam darah rakan ini tadi turun ke paras normal.



Saya juga pernah merasai sendiri khasiat roselle ini. Ini semua berlaku ketika saya baru sahaja bertukar tempat kerja yang agak jauh dari tempat tinggal saya. Banyak perkara yang perlu dibuat dan perlu difikirkan. Ini telah menyebabkan saya mengalami tekanan darah tinggi, hipertension. Tapi bila saya disarankan mengamalkan minum jus roselle, Alhamdulillah semuanya okey selepas seminggu.


Banyak lagi yang ingin diceritakan mengenai khasiat roselle ini. Namun biarlah anda sendiri merasainya sendiri dan amalkan. Insya-Allah anda akan rasa nikmat dan kelebihannya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Jabatan Pertanian Malaysia, MARDI atau agensi yang berkaitan. Anda juga boleh terus mendapatkannya dari Jabatan Pertanian yang berdekatan.

Sekian, hingga berjumpa lagi.

1 comment:

ROSELLE said...

SALAM...UNTUK MENDAPATKAN KORDIAL ROSELLE SEMURAH RM 8.50 SEBOTOL (1 LITER) ANDA BOLEH DAPATKAN DI SEMUA FAMA NEGERI ATAU FAMA SELAYANG DI TALIAN (03-61262020) ATAU JIKA BERMINAT UNTUK MEMBUAT KONTRAK PENGILANGAN DAN LAWATAN KE PUSAT MEMPROSES MAKANAN FAMA RENGIT,KM 36 SUNGAI KLUANG,83100 RENGIT,BATU PAHAT, JOHOR. TEL : 07-4241240