Nama saintifiknya : Labisia pumila
Famili : Myrsinaceae
Kaedah :
Air rebusan keseluruhan pokoknya terutama bahagian akarnya diminum. Selain daripada itu juga , keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar.
- Kacip Fatimah begitu sinonim dgn wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
- Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin.
Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daun hingga akar) kedalam seperiuk air (seeloknya guna periuk tanah) dan airnya diminum.
Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan.
Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.
Tongkat Ali
Nama saintifik : Eurycoma longifolia
“Pokok Tongkat Ali memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci “ |
KEGUNAAN DAN KEBAIKAN | ||
1. | Menambahkan tenaga kesegaran badan | |
2. | Melegakan sakit urat dan lenguh-lenguh badan | |
3 | Anti Malaria | |
4 | Anti Tumor | |
5 | Menyegarkan badan yang tidak bermaya | |
6 | Mengandungi anti oksida yang bertindak sebagai agen untuk awet muda | |
7 | Membantu mencegah demam | |
8 | Membantu meningkatkan keupayaan seksual lelaki |
No comments:
Post a Comment