Thursday, January 1, 2009

Herba : Tumbuhan Ubatan Tropika


Minggu ini saya akan cuba berikan sedikit maklumat mengenai tumbuh-tumbuhan herba yang terdapat di bumi Malaysia. Penerangan ringkas ini moga mendapat panduan dan amalan petua yang ada.




Misai Kucing

Nama Saintifik : Orthosiphon aristatus
Famili : Lamiaceae











Khasiat :
Dapat merawat penyakit gout, batu karang, kencing manis, radang otot & sendi, masalah peredaran darah dll.

Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering, bila sudah kering daun itu direbus dengan tiga gelas air sehingga tinggal lebih kurang segelas air. Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis.

~Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam~




Mas Cotek


Nama Saintifik : Ficus deltoidea
Famili : Moraceae


Khasiat :

Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.

Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

Antaranya penyakit yang dapat dibantu:

1. Mengeluarkan toksin dalam badan

2. Melancarkan perjalanan darah
3. Sakit urat saraf
4. Gout
5. Kencing manis
6. Darah tinggi
7. Membuang kolestrol dan lemak
8. Buasir
9. Migraine
10. Paru-paru berair
11. Pemulih tenaga batin
12. Sakit puan
13. Senggugut
14. Sakit pinggang
15. Keletihan
16. Masalah tidur
17. Rangsangan hormon lelaki
18. Mengecutkan rahim peranakan
19. Merapatkan pintu rahim
20. Sakit lutut
21. Mencantikkan dan melicinkan kulit
22. Demam/ Selesema
23. Awet muda

Banyak juga produk yang dihasilkan seperti minyak urut, teh, jus dan sebagainya..



No comments: