Thursday, January 1, 2009

“SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1430 HIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009”

Sempena menyambut Awal Muharam 1430H yang lepas dan juga tahun 2009, ingin saya menguatkan semangat menetapkan azam tahun ini menjadi satu tahun yang akan membawa kejayaan dan kesihatan yang lebih baik serta ingin menambahkan amal ibadat. Fardhu Ain dah pasti. Fardhu Kifayah ni yang kena tambah.


Pertama sekali laman ini bukanlah menjadi bahan rujukan pertanian secara total. Tapi hanyalah sekadar pelengkap kepada bahan rujukan sediada. Laman ini juga akan dapat memberikan rakan-rakan untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan serta kemahiran dan juga pengalaman di dalam bidang pertanian.


Saya juga akan memasukkan link atau pautan pertanian rakan-rakan lain untuk menjadikan media internet sebagai salah satu bahan rujukan selain buku dan majalah. Sumbangan cerita dan artikel atau gambar dari rakan-rakan amatlah di alu-alukan. Kerjasama dan inisiatif rakan-rakan akan membuatkan laman ini lebih meriah dan bermaklumat.


Bersama – samalah kita untuk memeriahkan lagi sektor pertanian negara kita. Ucap selamat salam saya sembahkan.


Terima kasih. Wassalam.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN”

1 comment:

Unknown said...

Merkur 15c Safety Razor - Barber Pole - Deccasino
Merkur 15C apr casino Safety Razor - Merkur - mens titanium wedding bands 15C for Barber https://access777.com/ Pole is the perfect https://deccasino.com/review/merit-casino/ introduction https://jancasino.com/review/merit-casino/ to the Merkur Safety Razor.