Friday, May 8, 2009

ROSELLE BENTONG : EN. YUSOF JOHORI

BERILAH gelaran apa sahaja kepadanya sama ada bekas tentera, peladang jaya, usahawan gigih atau sekadar anak didik Jabatan Pertanian. Yang pasti, dunianya kini hanyalah roselle, satu daripada tanaman industri yang sedang giat dipromosikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Roselle atau ramai yang mengenalinya sebagai asam paya, satu tanaman yang cantik terutama pada buahnya yang bagaikan sebuah mahkota dari segi bentuk dan warnanya yang merah. Bagi Md. Yusof Johori, warna dan bentuk roselle bukanlah tanaman lain yang lebih menarik, malah jauh lebih menarik serta berbau wangi. Dia lebih ‘terpaut’ dengan khasiat tanaman yang tergolong dalam keluarga bunga raya dan pokoknya yang menyerupai kacang bendi dan itulah nilai ekonominya.

Roselle dikenal pasti sebagai tanaman industri yang berpotensi untuk dikembangkan menjadi sumber ekonomi sama ada untuk melahirkan usahawan dan juga menyelamatkan tanah-tanah terbiar. Jabatan Pertanian Daerah Bentong, Pahang telah mengenal pasti potensi itu dan kini merancang untuk memulih kawasan seluas 60 hektar (150 ekar) di sekitar Kampung Benus untuk dimajukan dengan tanaman tersebut.

Menurut Penolong Pegawai Pertanian Daerah Bentong, Khairul Zamar Zakaria, projek pembangunan projek melibatkan industri huluan dan hiliran iaitu dari penanaman hingga ke pemerosesan produk. Cadangan projek termasuk penanaman di Kampung Benus (10 hektar) dan tambahan di Kg Lebu dan Mempaga (lima hektar) bengkel roselle Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Karak, pembinaan kilang mini di bawah aperantis Kompleks Pertanian Bentong.

“Tempoh yang diperlukan untuk projek tersebut ialah selama antara 20 dan 30 tahun dan boleh disambung sekiranya berjaya dibangunkan,” katanya ketika di temui di Kompleks Pertanian Bentong baru-baru ini.

Md. Yusof antara usahawan yang telah dilahirkan di bawah projek tersebut dan pengusaha terbabit kini seratus peratus menumpukan kepada industri roselle selain mengusahakan sayur-sayuran secara kecil-kecilan, usaha awalnya sebelum itu. “Saya tertarik dengan khasiat vitamin C yang tinggi dalam roselle selain tidak ada penguasa yang terbabit dalam pemerosesan di Bentong,” ujarnya. Justeru, dia menggalas cabaran tersebut dengan memulakan tanaman sebanyak 250 pokok di kawasan rumah berkeluasan 60 kaki persegi, bermodalkan hanya RM200 pada 2005. Penghujung tahun tersebut, dia memperluaskan kawasan penanaman kepada 5,000 pokok dengan pembukaan kawasan baru di Kampung Benus seluas 0.8 hektar (dua ekar).

Sebahagian dari hasil tanaman dipasarkan secara segar manakala bakinya untuk diproses. Md. Yusof yang juga Pengurus syarikatnya Yuszelle Enterprise mengambil langkah susulan tersebut dengan mengeluarkan produk berasaskan roselle seperti kordial, acar dan halwa kerana berpendapat pasaran segar semata-mata mengundang risiko. Dia menghasilkan kordial di kawasan Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) PPK Bentong manakala acar dan halwa dihasilkan dari rumah.

Untuk itu dia memohon modal tambahan dari PPK Bentong bermula tahun lalu berjumlah RM50,000, selain bantuan Bank Pertanian Malaysia RM10,000. Bantuan modal itu perlu kerana dia sedang meluaskan lagi kawasan penanaman dengan pembukaan kawasan baru seluas 10 hektar. Hari ini dia mampu mengeluarkan 500 liter kordial atau 150 botol sebulan. Menurut beliau, usaha penanaman roselle tidak terlalu rumit. Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah memastikan air tidak bertakung dan kerja-kerja penuaian perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan ia tidak rosak terutama pada bahagian kaliks buah.

Roselle sesuai ditanam di tapak semaian sebelum dipindahkan ke ladang. Buah boleh dituai selepas 80 hari ditanam dan jangka hayat pokok boleh bertahan sehingga enam bulan. Dalam tempoh itu, sepokok roselle mampu mengeluarkan buah sebanyak empat kilogram. Sementara itu menurut Khairul Zamar, kilang pemerosesan di Kompleks Pertanian Bentong yang sedang dalam fasa akhir pembinaan dan memasukkan kelengkapan peralatan akan digunakan sebagai pusat pengeluaran produk proses selain pusat bimbingan melahirkan usahawan baru.

“Kita akan jadikan Md Yusof sebagai mentor kepada 15 peserta baru yang bakal dilahirkan dalam projek ini,” ujarnya.

Fakta ringkas roselle

● Nama saintifik: Hibiscus sabdariffa L.
● Jolokan : SekuntumRoselle Sejuta Khasiat
● Khasiat: Kaliks buah mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding blackcurrant, sembilan kali ganda berbanding citrus dan tiga kali ganda berbanding anggur.
● Mengandungi vitamin lain seperti A dan D, B1, B2 dan B2 kompleks serta zat mineral seperti kalsium dan fosforus.
● Boleh dimanfaatkan dalam industri makanan dan minuman dengan penghasilan halwa, acar dan kordial dan jus selain industri kosmetik, barangan mandian dan wangian, farmaseutikal dan industri biomas seperti ternakan, gentian dan kertas.
●Sehingga kini terdapat 14 buah syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) di beberapa negeri yang berkecimpung menghasilkan produk proses daripada roselle
● Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggerakkan Majlis Industri Roselle Malaysia, (MIR) dipengerusikan Ketua Pengarah, Jabatan Pertanian bagi melaksanakan Pelan Strategik Industri Roselle Negara pada 2002.
● Ia disertai oleh pengeluar, pengilang, pemasar dan penyelidik berkaitan roselle terdiri daripada 10 buah universiti agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti SIRIM Berhad, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Agensi Nuklear Malaysia,Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan profesional daripada MOA Inc.
● Tanaman roselle adalah antara yang tersenarai dalam kumpulan produk baru dan industri masa hadapan dan diterima untuk dibangunkan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).
●Malaysia memiliki roselle yang terbaik di dunia.
● Satu dunia sudah mengetahui pokok roselle tetapi dikenali dengan pelbagai nama iaitu karkade di Afrika, hibiscus atau roselle (Eropah) dan florida cranberry di Amerika Syarikat.

Objektif projek penanaman roselle di Bentong

● Membangunkan tanah-tanah terbiar kepada satu projek pertanian bersepadu bagi mendatangkan pulangan hasil tinggi dan menguntungkan.
● Meningkatkan pengeluaran bahan tanaman berasaskan pemerosesan makanan untuk memenuhi permintaan semasa.
● Meningkatkan bekalan bahan mentah kepada industri pembuatan negara
● Mewujudkan satu kawasan yang boleh dijadikan lokasi strategik pelancongan tani di Bentong.
● Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar di samping menjana ekonomi kawasan setempat.

Fasa pembangunan projek roselle Bentong

● Seluas 0.8 hektar (dua ekar) telah ditanam dengan 5,000 pokok.
● Hasil 10 tan yang mana lima tan dijual secara segar dan bakinya diproses.
● Lima tan yang diproses dijadikan
– kordial sebanyak 7,500 botol
– acar roselle sebanyak 1,000 botol
– halwa sebanyak 2,000 botol
● Pendapatan kasar sebanyak RM75,000.
● Pendapatan bersih RM15,000.
● Modal sebanyak RM55,000 termasuk peralatan dan mesin dan RM5,000 untuk penyenggaraan.
● Promosi dijalankan di sekolah, aktiviti atau program gotong-royong, sukaneka dan kebajikan


http://www.moa.gov.my/html/download/buletin/agrobiz/mei_07.pdf

Tuesday, May 5, 2009

PAMERAN HALIA BENTONG - MyIPO, KLCC



Pameran diadakan di KLCC Convention Centre, KL
pada 23-25 April 2009

Majlis Dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)




Wednesday, April 1, 2009

HALIA




Halia Bentong : TERBAIK DI DUNIA ?



Halia Bentong memang sudah lama dikenali ramai oleh penggemar tanaman halia ini. Sejenis tumbuhan yang tergolong di dalam tanaman rizom. Nama saintifiknya Zingiber officinale .

Tanaman Halia di Daerah Bentong telah mula diusahakan sekitar tahun 1963 lagi. Petani berbangsa Cina adalah golongan terawal memulakan penanaman ini di sekitar Kg. Bukit Tinggi, Bentong.

Iklim mikronya sesuai bagi pertumbuhan halia. Terletak kira-kira 700 meter di aras laut. Purata taburan hujan sekitar 187mm sebulan @ ~2200mm setahun. Suhu antara 24 darjah Celcius ~ 28 darjah Celcius.

Ramai pelawat dari seluruh negara telah datang mela
wat di ladang halia bentong di Kg. Janda Baik dan Kg. Bukit Tinggi. Keseluruhan kawasan penanaman halia ini dianggarkan lebih kurang 400ha.

Antara Keistimewaan Halia Bentong berbanding halia lain ialah :
  • Rasanya yang lebih pedas - gunakan hanya separuh dari penggunaan halia biasa. Jika tidak akan rasa sedikit pahit pedas.
  • Urat / serabut lebih halus - walaupun lebih halus namun kandungan serat juga tinggi. Lebih mudah untuk memotong.
  • Kandungan air tinggi
  • Warna isi kuning cerah
  • Phytochemical yang tinggi - seperti gingerol

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.



Antara khasiat Halia:

- Membantu menghadamkan makanan.
- Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
- Mengawal hati supaya tidak sejuk & basah.
- Membantu menguatkan tenaga jimak & menambahkan air mani.
- Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil & besar.
- Membuang kahak & lendir yang melekat di bahagian halkum.
- Menghilang bau busuk mulut.
- Menghilangkan kadar kesejukan yang terdap
at pada makanan & buah-buahan atau sayur-sayuran apabila telah dimakan atau diminum.






http://www.organicroad.com.au/media/images/content/detail/pistachio-id300.jpg PISTACHIOS + ALMOND

= KULIT HALUS

Almond Extract.Apricot extract.Apricot Kernels Extract.CAS.NO.068650-44-2.Sweet Almond Extract,Amygdalus communis LINN.AKE,Extract of apricot.Apricot Seeds extract,Bitter Apricot Kernels extract.Bitter almond extract photo picture image imgKekacang mengandungi Vitamin E, tidak kiralah Alpha tocopherol, mahupun Gamma tocopherol. Kuantiti kandungan Vitamin E ini tidak sama pada setiap kacang.

Sekiranya dua jenis kacang yang masing-masing kaya dengan Alpha tocopherol disatukan, maka tubuh akan mendapat manfaat yang lebih besar.



DAUN SIRIH : KHASIAT TIADA TOLOK BANDINGNYA

www.pnm.my/sirihpinang/sp-sirih.htm

Sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.

Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis - betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu.

g.daunsirih1.jpg (54165 bytes)
Daun Sirih Melayu

Sifat tabii sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. - 12sm. lebar dan 10sm. - 15sm. panjang. Sirih sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur dengan air yang mencukupi.

Sirih Cina mempunyai rasa yang lebih lembut daripada sirih Melayu. Sirih Udang pula mempunyai urat daun di belakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Sirih Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sirih dan juga kegunaan di dalam adat resam, dimana sirih ini berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sementara Sirih Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan kusam, rasanya yang lebih pedas serta agak keras daunya ketika dimakan.

g.daunsirih6.jpg (18654 bytes)
Daun Sirih Keling

Rasa sirih adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi fenol dan bahan-bahan terpene yang menyebabkannya pedas. Bahan-bahan yang terdapat dalam daun sirih ialah kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin.

Faktor-faktor yang menentukan keenakan sirih adalah jenis sirih itu, umurnya dan cahaya matahari serta keadaan daun-daunnya di bahagian atas tumbuhan itu. Daun sirih untuk dimakan adalah daun-daun melintang di bahagian atas dahan-dahan sisi dan yang terbaik adalah yang terbesar sekali. Sirih hutan tidak boleh dimakan, selain daunnya yang keras rasanya juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok yang terdapat di hutan hujan tropika

sirihutan1.jpg (38666 bytes)

Sirih Hutan



g.daunsirih2.jpg (89186 bytes)

g.daunsirih5.jpg (60315 bytes)

g.daunsirih4.jpg (438684 bytes)

g.daunsirih3.jpg (62813 bytes)

Sirih dijunjung

Sirih Melayu

Sirih dipokok

Sirih Keling

Daun-daun bawahnya yang cacat (bersaiz kecil) dibuat ubat dan penawar oleh Dukun Melayu. Sirih bertemu urat adalah yang menjadi pilihan kepada Mak Bidan dalam ilmu perubatan tradisional. Pada masa kini, kegunaan sirih masih lagi penting dalam masyarakat Melayu walaupun bilangan orang yang memakannya mula berkurangan.

g.daunsirih7.jpg (53710 bytes)

Sirih bertemu urat
PISANG BAIK UNTUK AKTIVITI OTAK
http://www.thedailygreen.com/cm/thedailygreen/images/hm/banana-clean-FD-lg.jpg
Pisang mengandungi zat yang cukup tinggi serta kaya dengan mineral seperti karbohidrat, protien, kalsium, fosforus, vit. A,C,B1, magnesium dan serat. Karbohidrat dalam pisang adalah karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga yang lebih cepat diserap tubuh berbanding nasi, roti dan biskut.

Pisang juga mengandungi gula buah atau fruktosa yang memiliki indeks glikemik rendah dan baik untuk aktiviti otak. Berkurangnya glukosa untuk otak akan mempengaruhi daya ingatan.
TOMATO : MENCEGAH KANSER

skin-care-tecniques-with-the-humble-tomato.jpg


Jus Tomato

Tidak ramai yang sukakan jus tomato kerana rasanya yang sedikit masam. Jus tomato biasanya akan diminum oleh mereka yang sedang berdiet. Minuman ini boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan sedikit gula atau madu untuk memberikan sedikit rasa manis padanya.



Sup Tomato


Sup tomato agak popular dalam kalangan peminat sajian Itali. Biasanya ia akan dihirup begitu sahaja atau dimakan bersama roti. Ia sering menjadi sajian pembuka selera dan tidak sukar untuk disediakan. Sup tomato lebih elok dimakan ketika panas kerana rasanya masih segar dan pekat. Sup tomato merupakan sajian mewah yang sering dihidangkan di restoran Perancis mahupun hotel-hotel terkemuka.
Fire-Roasted Tomato Soup
Fire-Roasted Tomato Soup
Ingredients:
  • 2 tablespoons. butter
  • 1½ teaspoons minced garlic
  • 1 medium onion, chopped
  • 1 28 oz. can of crushed tomatoes
  • 2 14.5 oz. cans fire roasted diced tomatoes
  • 4 cups chicken broth
  • ½ cup half-and-half
Method:

Melt the butter in a medium saucepan over medium-low heat. Add onion and garlic, sauté until translucent, about 6 minutes. Add tomatoes and broth, bring to a boil. Reduce heat and simmer until thickened; about 45 minutes. Slowly add half-and-half to soup, stirring constantly. Serve hot. Makes 6-8 servings


Pes/Puri Tomato

Pes tomato banyak digunakan dalam masakan. Selain memberi warna, ia juga menaikkan rasa satu-satu hidangan yang disediakan. Pes tomato juga digunakan untuk mengurangkan rsa pedas sekiranya masakan itu dimasak menggunakan kuantiti cili yang banyak. Hidangan seperti ayam masak merah akan lebih enak sekiranya dicampur dengan sedikit pes tomato.


Sos Tomato

Sama seperti pes tomato, sos tomato juga ada kalanya digunakan dalam masakan. Rasa sos tomato tidak sekuat pesnya dan lebih banyak digunakan sebagai sos pencecah. Ada orang yang gemar mencecah sos tomato dengan makanan seperti keropok, bebola ikan, nuget, sosej dan banyak lagi. Rasanya tidak semasam pes tomato dan warnanya juga sedikit cair.

the tomato recall