Wednesday, April 1, 2009

KHASIAT KURMA PADA TUBUH

Buah hitam manis dari padang pasir ini menyimpan manfaat kepada kesihatan tubuh. Kurma adalah buah yang mempunyai serat yang tinggi dan memiliki jumlah vitamin dan mineral yang diperlukan dalam tubuh manusia. Kandungan kurma yang kaya dengan serat membuatkan ia baik untuk dijadikan menu yang penting untuk diet. Ia juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, Vit. A & C. Malah, hidangan kurma sesuai untuk wanita yang berpantang.
(*sumber: Majalah RAPI bil.104, 15 NOV 2008. m.s. 64)


Ia juga buah kegemaran Rasulullah. Baginda amalkan 3 biji kurma dan susu kambing suam. Ikutilah sunnah Rasulullah. Moga mendapat keberkatan.


Kurma mulai berbuah sekitar bulan Mei - Jun

Buah mula menguning dan siap untuk dipetik pada bulan Julai hingga September



TEH HERBA PELANGSINGAN: SELAMATKAH ?


Memang banyak terdapat produk-produk pelangsingan berasaskan herba. Tumbuh macam cendawan lepas hujan. Sementelahan pula Pak Lah ingin melihat industri pertanian yang telah dianggap sebagai Enjin Ke-3 pertumbuhan ekonomi negara, ramai yang ambil peluang ini. Ada yang betul-betul TULEN dan ada juga yang cuba mengambil kesempatan dan cuba mengaut keuntungan secara yang tidak betul.

Anda haruslah berhati-hati di dalam memilih produk sebegini. Pastikan produk sedemikian yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Produk Teh Herba Pelangsingan ini boleh digunakan bagi mereka yang ingin mengembalikan kesihatan semulajadi dan bentuk badan yang ideal. Namun harus diingatkan, teh ini perlu diambil selepas 1-2 jam selepas makan. JANGAN ambil ketika perut kosong / lapar atau baru sahaja selepas makan.

Ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan badan tidak digalakkan minum teh ini.

Apa yang anda perlu lakukan ialah dapatkan khidmat nasihat doktor perubatan atau pakar nutrisi makan yang bertauliah sebelum mengambil sebarang penggunaan produk ini.


ORANG KAMPUNG


CENDAWAN ?


projekcendawan.blogspot.com


Sekarang ini, ramai yang berpusu-pusu untuk mempelajari teknik penanaman cendawan. Tidak kira Cendawan Tiram Kelabu (paling diminati), shitake, jarumas dll. Suatu tika dahulu, penanaman telah lama diminati pada tahun 80-an. Namun entah apa silapnya minat rakyat Malaysia hilang.

Kini timbul semula!

Tidak kiralah apa pun, cendawan ini banyak khasiatnya. Ia mudah ditanam dan dijaga. Ramai juga pengusaha yang sanggup lepaskan jawatan tinggi semata-mata untuk menjadi usahawan cendawan. Kini ada antara mereka telah menjadi JUTAWAN.

Penanaman cendawan tidak memerlukan kawasan yang luas. Cukup sekadar di sekitar laman rumah anda. Dengan bermodalkan hanya RM10,000 cukup anda mulakan secara sederhana kecil dan ini akan menguji kebolehan anda untuk bermula menjadi USAHAWAN CENDAWAN.

Insya-ALLAH.

Jabatan Pertanian, agensi-agensi dan usahawan-usahawan yang telah berjaya sedia membantu anda yang ingin menceburkan diri di dalam dunia cendawan. Usaha murni untuk meramaikan lagi usahawan tani di kalangan orang Melayu terutamanya akan diberkati ALLAH.

"PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"





investasi-jagung

NIKMATI JAGUNG SEPENUHNYA !!!

Sebagai salah satu sumber tenaga tanpa lemak untuk badan kerana mempunyai karbohidrat kompleks. Anda perlu tahu bagaimana untuk memilih jenis jagung yang baik agar mendapat kesan yang optimum. Di sini ada beberapa tips dan petua:

  • Hanya 2 gram SERAT sahaja dibekalkan bagi setiap hidangan jagung berwarna kuning, manakala jagung yang masih putih membekalkan 2 kali ganda jumlah serat tersebut.
  • Jagung yang dipilih mestilah cukup matang dan berisi penuh. Bagi memastikannya ialah dengan menekan salah satu butir isinya dengan jari dan cecair pekat yang keluar menandakan ianya sudah matang.
  • Jagung yang terjual seperti di pasaraya-pasaraya tempatan yang sudah siap dibersihkan dari tongkolnya, sebenarnya telah banyak kehilangan nutrisi. Seeloknya cari jagung yang masih ada tongkolnya atau telah disejukbekukan dan telah siap dipaketkan yang tidak mengandungi garam.
  • JANGAN simpan terlalu lama setelah membeli jagung berkenaan. Eloklah rebus segera.
  • Namun apabila anda merebus jagung janganlah letak garam di dalam air rebusan tadi. Jika tidak, anda akan susah mengunyahnya.

Jagung

Tuesday, January 13, 2009

TKPM Lanchang & Taman Pertanian Moden

Majlis Perlancaran TKPM Lanchang & Taman Pertanian Moden Lanchang,
Temerloh, Pahang Darul Makmur


Dirasmikan oleh:

Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

Pada 13 Januari 2009






Sebahagian tetamu yang hadir.





Mencuba rasa Betik Malaysia yang telah menembusi pasaran antarabangsa.
Betik 'Paiola' : from Lanchang to London




Sekitar gerai pameran Jabatan Pertanian Malaysia.




Monday, January 12, 2009

TKPM LEBU, BENTONG

Gambar Lawatan pada 12 Jan 2009


Pengusaha : En. Awaluddin
Tanaman : Limau Nipis (5 ekar)

















Pengusaha : En. Sanusi
Tanaman : Tebu Kuning (10 ekar)

















Pengusaha : En. Shukri
Tanaman : Pisang & Serai (6 ekar)

















Pengusaha : En. Mazlan
Tanaman : Kantan & Lengkuas

Friday, January 9, 2009

TKPM LEBU, BENTONG


TKPM KG. LEBU 2009


OBJEKTIF PROJEK


  1. MELAHIRKAN PENGUSAHA PERTANIAN MENJADI USAHAWAN TANI YANG BERDAYA SAING DAN MAJU
  2. MENGGALAKKAN PENGLIBATAN USAHAWAN DAN SWASTA DALAM PENGELUARAN TANAMAN MAKANAN SECARA KOMERSIAL
  3. MEWUJUDKAN ZON KEKAL PENGELUARAN MAKANAN
  4. MENYUMBANGKAN KEPADA PENINGKATAN PENGELUARAN MAKANAN NEGARA SECARA MAPAN, BERKUALITI DAN SELAMAT
  5. MENGGALAKKAN DAN MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN RANTAIAN BEKALAN MAKANAN BERSEPADU
  6. MENINGKATKAN PENDAPATAN BERSIH PESERTA SEKURANG-KURANGNYA RM3,000/BULAN SELEPAS 2 TAHUN BERTANAM


LATARBELAKANG PROJEK


  1. PROJEK TERLETAK DI MUKIM BENTONG
  2. JARAK 13KM DARI BANDAR BENTONG
  3. 98KM DARI KUALA LUMPUR
  4. DIKENALI PROJEK TKPM LEBU
  5. LUAS FIZIKAL : 75HA
  6. LOKASI KAWASAN INI DI TEPI JALAN UTAMA MEMPAGA – BENTONG
  7. SUHU TINGGI SEPANJANG TAHUN
  8. PURATA SUHU ~27 C
  9. MENERIMA HUJAN MELEBIHI 2000mm SETAHUN DENGAN PURATA ~190mm/bulan
  10. DIBAWA OLEH ANGIN MONSUN TIMUR LAUT BERMULA MAC - MEI & SEPT - DISEMBER
  11. SISTEM KEMUDAHAN JALAN YANG BAIK
  12. HAMPIR DENGAN JALANRAYA UTAMA DARI BENTONG – RAUB
  13. BERSEBELAHAN DENGAN JALAN LEBU - KARAK.


TERDAPAT 7 SIRI TAN
AH YANG DIKENALPASTI TERDIRI DARIPADA:
  • SIRI BATU LAPAN
  • KUALA BRANG
  • GONG CHENAK
  • JELUTONG
  • KECHOR
  • RASAU
  • TEBUK



KAWASAN DIBUKA & DIMAJUKAN BERPERINGKAT :

  • FASA 1 – TAHUN 2003 – 2006 ( 40 ha )
  • FASA 2 – TAHUN 2009 ( 35 ha )



GAMBAR LOKASI































JABATAN PERTANIAN DAERAH BENTONG,

28700 BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR

TEL : 09 – 223 6040/41/42/43/44

FAKS : 09 – 222 8773

e-mail : ppdbtg@pahang.gov.my